Sunday, May 22, 2016

Apartment To Let

Apartment Kelisa Ria,
Jalan Kelisa 1,
Kg Sg Tangkas, Bangi,
Kajang, Sel


[Tw1] https://twitter.com/sgbesar2/status/734283573952319489
[FB4] https://t.co/E4u99LLhI8

.
LINK;
[G+3] https://plus.google.com/116872662866307859796/posts/LSDS39WcFkh
[FB3] https://t.co/xhL6jqy1E8



.  

Thursday, February 11, 2016

Surah 18 (1~10)

Al-Kahf, dari ayat 1~10); 


1. Sekalian pujian kepunyaan Allah yang telah turunkan atas hambanya kitab itu, dan ia tidak adakan padanya kebengkokan.

2. Keadaan nya lurus, supaya ia ancam manusia dengan satu azab dari sisinya yang sangat pedih, dan supaya ia gemarkan mukminin yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa adalah bagi mereka balasan yang baik.

3. Hal keadaan mereka tinggal padanya selamanya.

4. Dan supaya ia ancam orang-orang yang berkata; “Allah mempunyai anak”.

5. Mereka tidak mempunyai ilmu ditentang itu dan tidak pula bapa-bapa mereka, besar urusan kalimah yang keluar dari mulut-mulut mereka, mereka tidak berkata melainkan dusta.

6. Boleh jadi engkau akan binasakan diri mu, dengan dukacita, lantaran  perbuatan-perbuatan mereka, jika mereka tidak mahu percaya kepada  cerita Quran ini.

7. Sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak memberi percubaan kepada mereka siapakah dari antara mereka yang baik amal-amal nya ?!

8. Dan sesungguhnya kami akan jadikan apa yang ada padanya sebagai tanah yang rata.

9. Apakah engkau sangka, bahawa orang-orang gua atau masuk gua itu yang tertulis namanya padanya itu sahaja sebahagian dari tanda-tanda kami yang ajaib ?

10. Ingatlah tetakala orang-orang muda itu pergi kegua, lalu mereka berdoa; “hai Tuhan kami ! berilah rahmat kepada kami dari sisi mu, dan sediakan lah pertunjukan bagi kami dalam urusan kami.
.
.
.
.
Following Twitter,
[] https://plus.google.com/116872662866307859796/posts/UC8W8iLQ9MK






.

Surah 17 (1~111)

17. Khatam Surah Bani Israil (1~10) 
17. Khatam Surah Bani Israil (11~20) 
17. Khatam Surah Bani Israil (21~30) 
17. Khatam Surah Bani Israil (31~40)
17. Khatam Surah Bani Israil (41~50) 
17. Khatam Surah Bani Israil (51~60) 
17. Khatam Surah Bani Israil (61~70) 
17. Khatam Surah Bani Israil (71~80) 
17. Khatam Surah Bani Israil (81~90) 
17. Khatam Surah Bani Israil (91~100) 
17. Khatam Surah Bani Israil (101~111)



Following G+,
[] 




.

Surah17 (101~111)

Bani Israil, dari ayat 101~111;


101. Dan sesungguhnya kami telah berikan kepada Musa sembilan tanda yang terang-terang, maka tanyalah kepada bani israil tetakala ia datang kepada mereka, lalu firaun berkata kepadanya “sesungguhnya aku sangka, hai Musa ! seorang yang ahli sihir”.

102. Ia berkata; “sesungguhnya engkau telah ketahui, bahawa tidak menurunkan tanda-tanda itu, melainkan Tuhan bagi langit-langit dan bumi sebagai penerangan-penerangan dan sesungguhnya aku buat, hai firaun ! engkau akan binasa”.

103. Maka ia mahu keluarkan mereka dari bumi itu, lalu kami tenggelamkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dia semua.

104. Dan kami berkata sesudah itu, kepada  bani Israil; “tinggal lah dinegeri itu, hingga apabila datang perjanjian akhirat, kami akan bangkitkan kamu dengan keadaan bercampur”.

105. Dengan berisi kebenaranlah kami turunkan dia dan dengan membawa kebenaranlah ia turun, dan tidak kami utus mu, melainkan sebagai pengemar dan pengancam.

106. Dan Quran itu, kami pecah-pecahkan dia, supaya engkau bacakan dia kepada manusia dengan sabar dan kami turunkan dia dengan beransur-ansur.

107. Katakan lah; “percayalah kepada nya atau janganlah kamu percaya, sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelumnya, apabila dibacakan dia kepada mereka, mereka tundukkan muka-muka mereka sambil bersujud.

108. Dan mereka berkata; “maha suci Tuhan kami ! sesungguhnya perjanjian Tuhan kami, akan diluruskan”.

109. Dan mereka tunduk kan muka-muka mereka sambil menangis, dan mereka bertambah khusuk.

110. Katakan lah; “serulah Allah atau serulah Al-Rahman dengan apa sahaja kamu seru dia, maka ia mempunyai nama-nama yang baik-baik, dan janganlah engkau keraskan bacaan sembahayang mu dan jangan lah engkau perlahankan dia, tetapi carilah satu jalan antara itu”.

111. Dan katakan lah; “sekelian puji-pujian kepunyaan Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak ada baginya sekutu dalam kerajaan nya, dan tidak ada baginya penolong  lantaran kelemahan, dan muliakan dia dengan sunguh-sungguh.
.
.
.
Following G+,
[] https://plus.google.com/116872662866307859796/posts/cEBEJR8PgNU






.